Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 10 Sah Akan Gunakan Snapdragon 865

Xiaomi Mi 10 Mungkin Dilengkapi Skrin Sisi Melengkung

Diterbitkan Januari 4, 2020 oleh Helmi Samsuri

Akhir-akhir ini peminat galak memperkatakan perihal mengenai Xiaomi Mi 10. Peranti flagship pertama dari Xiaomi untuk tahun 2020 itu telah disahkan bakal menggunakan cip Snapdragon 865.

Kini menambah satu lagi informasi mengenai peranti ialah rekaan skrin paparan yang melengkung disisi. Khabar angin ini adalah berdasarkan perkongsian dilaman Weibo yang memperlihatkan kaca tahan pecah atau tempered glass bagi Mi 10.

ice universe

Menerusi imej, ia sedikit sebanyak memberi gambaran tentang rupa bentuk panel hadapan peranti itu yang dikatakan berukuran 6.5 inci. Sisinya juga kelihatan melengkung dengan bezel yang lebih nipis, berbeza dari keluaran siri terdahulu. Peranti ini juga dikhabarkan bakal menggunakan rekaan paparan berlubang.

mi 10

Jika menuruti ura-ura sebelum ini, Mi 10 bakal menyertakan kadar penyegaran 90Hz untuk paparan OLED tersebut. Selain Mi 10, Xiaomi dijangka bakal menghadirkan versi Pro. Untuk melihat khabar angin mengenai spesifikasi bagi kedua-dua peranti boleh lanjutkan bacaan disini – Ini Mungkin Spesifikasi Yang Bakal Dibawa Mi 10 Dan Mi 10 Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY