Bye-bye 4G.
Di Persidangan Dunia Internet yang sedang berlangsung di China, Xiaomi mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan sebanyak 10 model terbaru telefon pintar dengan sokongan 5G sepanjang tahun 2020 nanti.
Ia dimaklumkan sendiri oleh CEO Xiaomi, Lei Jun semalam.
Menurut beliau, permintaan terhadap telefon pintar dengan teknologi 5G mencapai jangkaan mereka tahun ini. Maka mereka akan melancarkan 10 telefon pintar 5G yang terdiri daripada barisan model premium, sedehana dan model mampu milik.
“People in the industry fear that next year 4G models won’t sell, this is a step you have no choice but to take. So we hope that operators can speed up their expansion of 5G base stations.” Lei Jun, CEO Xiaomi.
Dalam tahun ini saja, Xiaomi telah melancarkan pelbagai barisan model terbaru telefon pintar termasuklah model premium Mi 9 Pro yang menjadi antara model telefon pintar terawal menyokong sambungan 5G yang diperkenalkan tahun ini.
Menyaingi pasaran model telefon pintar 5G dari pengeluar lain seperti Samsung dan Huawei. Pengumuman oleh Xiaomi dalam perlumbaan telefon pintar 5G menandakan tahun hadapan adalah penamat kepada era telefon pintar 4G.
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Xiaomi Dijangka Akan Memperkenalkan Jam Pintar Terbaru Yang Menyerupai Apple Watch Minggu Hadapan
- Pelukis Itali Dan Xiaomi Dianugerahkan Rekod Dunia Guinness
- Xiaomi Melancarkan Redmi 8A, Model Terbaru Dalam Siri Redmi A
- Seorang Pengguna Mendakwa Redmi Note 7S Miliknya Terbakar Secara Tiba-Tiba, Ini Respon Xiaomi
- Xiaomi Kembali Rampas Takhta Telefon Pintar Nombor 1 Di Malaysia
- Xiaomi Mencantas Nokia Dengan Menakluki Pasaran Telefon Pintar Di Russia
- Xiaomi Sedang Giat Menguji Kenderaan EV Pertama Mereka
- Xiaomi Malaysia Mengumumkan Sebanyak 100 Ribu Unit Redmi Note 7 Telah Terjual Di Seluruh Malaysia
- Xiaomi Memberhentikan Pengeluaran Redmi Note 10 Untuk Pasaran Indonesia
- CEO Xiaomi Memberi Bayangan Tarikh Pelancaran MIUI 13