Keluaran peranti 5G kedua ini akan menyokong jalur frekuensi 5G di tanah besar China termasuklah jalur frekuensi N41, N78 serta N79. Menurut pengeluar, muat turun melalui peranti terbaru mereka ini mampun mencecah 2.02Gbps (ujian di makmal) dan 1.75Gbps (ujian dilapangan) dimana ia 10 kali ganda lebih pantas berbanding kelajuan rangkaian 4G biasa.

Spesifikasi yang diperlengkapkan pada model ini adalah Snapdragon 855 Plus, berdampingan dengan RAM 12GB serta ruang simpanan 512GB. Memperkuatkan lagi penampilan model ini adalah sistem penyejukan Vapor Chamber (VC) terdiri daripada lima lapisan lembaran grafit, kerajang tembaga, pelekat termal yang bersama-sama membentuk sistem penyejukan tiga dimensi. Menerusinya, suhu peranti dikatakan dapat dikurangkan sebanyak 10.2'C.

Bahagian kamera pula menghadirkan konfigurasi sama seperti Mi 9 iaitu kamera utama 48MP, 16MP ultra lebar dan 12MP telefoto. Persamaan juga didapati pada bahagian skrin dengan panel OLED 6.39 inci dilengkapkan bersama ciri imbasan cap jari pada paparan.
Mi 9 Pro 5G bakal dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W manakala pengecasan berbalik tanpa wayar 10W.
Harga jualan peranti untuk pasaran China adalah seperti berikut:
- 8GB+128GB - 3,699 yuan (~RM2176)
- 8GB+256GB - 3,799 yuan (~RM2234)
- 12GB+256GB - 4,099 yuan (~RM 2411)
- 12GB+512GB - 4,299 yuan (~RM2528)
Berkaitan
- 20 Dron Berkuasa Tinggi Akan Berlegar Di Kawasan Banjir Untuk Pantau Dan Hantar Bantuan
- Ura-Ura Mengatakan Huawei Akan Keluarkan Peranti Dengan Nisbah Paparan 19:9
- Permainan Crash Bandicoot Mungkin Dibawa Pada Peranti Android Dan iOS
- Intel NUC Quad-core Mini: Bersaiz kecil Berkuasa Besar
- Projek Rintis UberAir Akan Dijalankan Di Tiga Bandar
- OPPO Reno3 Mungkin Tampil Dengan Skrin 90Hz Dan RAM 12GB
- Permainan Mudah Alih Game Of Thrones: Conquest Sudah Boleh Mula Dimuat Turun Android Dan iOS
- Jualan Mi Band 4 Laku Macam "Pisang Goreng Panas"
- Call Of Duty: Mobile Akan Buang Mod Zombi Tidak Lama Lagi
- Redmi 9T Akan Dilancarkan Pada 8 Januari Ini