Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Memperkenalkan 2 Skuter Elektrik – Mi Electric Scooter Pro 2 Dan Mi Electric Scooter 1S

Xiaomi Memperkenalkan 2 Skuter Elektrik – Mi Electric Scooter Pro 2 Dan Mi Electric Scooter 1S

Diterbitkan Julai 15, 2020 · Dikemas kini Julai 16, 2020 oleh Meor Hasyim

Hari ini di acara pelancaran produk ekosistem Xiaomi, jenama itu telah memperkenalkan beberapa produk terbaharu. Antara yang diumumkan adalah 2 skuter elektrik iaitu Mi Electric Scooter Pro 2 dan Mi Electric Scooter 1S.

Xiaomi Mi Electric Scooter Pro 2

Xiaomi Memperkenalkan 2 Skuter Elektrik – Mi Electric Scooter Pro 2 Dan Mi Electric Scooter 1S

Ia merupakan model yang paling berkuasa antara kedua  model yang diumumkan. Ia menawarkan kelajuan 25km/h dan jarak sejauh 45km. Berbanding model sebelumnya, ia tidak mempunyai penambahbaikan yang banyak.

Xiaomi Memperkenalkan 2 Skuter Elektrik – Mi Electric Scooter Pro 2 Dan Mi Electric Scooter 1S

Motor 300W mampu mendaki jalan berbukit dengan darjah 20%. Antara lain adalah sistem dwi-brek dan juga lampu hadapan yang ditambah baik dari 1W ke 2W. Untuk berat skuter, ia sama sahaja dengan model sebelumnya iaitu 14.2kg. Harga jualan adalah 499 Euro (~RM2,435).

Xiaomi Mi Electric Scooter 1S

Xiaomi Memperkenalkan 2 Skuter Elektrik – Mi Electric Scooter Pro 2 Dan Mi Electric Scooter 1S

Model ini merupakan pengganti kepada Xiaomi M365. Ia membawakan banyak spesifikasi daripada Pro 2 seperti maksimum kelajuan 25km/h dan juga skrin LCD.

Xiaomi Memperkenalkan 2 Skuter Elektrik – Mi Electric Scooter Pro 2 Dan Mi Electric Scooter 1S

Untuk jarak ia sedikit dekat 30KM dan mempunyai motor berkuasa 250W. Motor tersebut mampu mendaki bukit yang berdarjah 14%. Untuk harga jualan, ia dipasarkan berharga 449 Euro (~RM2,191).

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY