Telefon pintar berprestasi sederhana dengan bateri berkapasiti 5000mAh.
Xiaomi 2 hari lalu telah pun melancarkan model terbaru telefon pintar dalam siri Redmi A, iaitu Redmi 8A. Telefon pintar siri Redmi A Xiaomi merupakan kategori telefon pintar berprestasi sederhana yang menjadi pilihan utama peminat yang mahukan telefon pintar pada harga murah.
Jadi, dengan kehadiran Redmi 8A pastinya akan merancakkan lagi jualan siri Redmi A.
Redmi 8A memiliki skrin HD+ bersaiz 6.22 inci dengan rekaan takuk kecil yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5 serta bateri bersaiz 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W menerusi sambungan USB-C.
Walaubagaimanapun, Redmi 8A hanya disertakan bersama pengecas pantas berkuasa 10W sahaja. Peranti pengecas pantas 18W perlu dibeli secara berasingan

Redmi 8A dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 439 octa-core, pilihan memori RAM 2GB atau 3GB dan storan bersaiz 32GB.
Menurut Xiaomi, perkakasan paling ketara yang dinaik taraf adalah pada kamera utamanya yang kini menggunakan sensor 12MP Sony IMX363. Sekaligus menjadikan Redmi 8A satu-satunya telefon pintar yang dilengkapi dengan sensor imej tersebut.
Selain itu, antara ciri lain yang menarik pada Redmi 8A adalah pengguna tidak perlu menyambungkan fon kepala bagi mendapatkan siaran radio.

Buat masa ini, belum diketahui bilakah Redmi 8A akan ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Harga Redmi 8A adalah berharga dari INR 6,499 (sekitar RM382.00).
Info lanjut boleh didapati di laman rasmi Redmi 8A.
Berkaitan
- Siri Redmi Note 12 Hadir Dengan Pengecas Terpantas 210W
- Redmi Note 10S Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Dan Redmi 9C Dengan Storan Dan RAM Lebih Besar
- Redmi Melancarkan Model Terbaru Komputer Riba RedmiBook 14 Enhanced Edition
- Xiaomi Memberhentikan Pengeluaran Redmi Note 10 Untuk Pasaran Indonesia
- Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 7 Telah Dijual Sebanyak 15 Juta Unit
- Redmi Note 7 Pro Pula Didakwa Terbakar Tiba-Tiba
- Status Ikon Bateri Di Telefon Pintar Xiaomi Dan Redmi Kini Boleh Diubah Suai Ikut Suka Penggunanya
- Ini Adalah Siri Redmi Note 10 Pertama Yang Terima Penarafan IP68
- Ini Senarai Peranti Xiaomi, Redmi Dan Poco Yang Dijangka Akan Terima Naik Taraf Android 13 Nanti
- Redmi K50 Dan Redmi K50 Pro Rasmi Dilancarkan, Dikuasakan Dimensity 9000