Xiaomi Malaysia Bakal Perkenal Redmi Note 8 Pro Untuk Pasaran Tempatan

Digelar sebagai raja telefon pintar dalam segmen harga berpatutan, keluarga Redmi Note di Malaysia bakal menerima kedatangan ahli baru iaitu Redmi Note 8.

Diperkenalkan terlebih dahulu pada Ogos lepas di China, ia merupakan telefon pintar pertama lengkap berkamera 64MP. Dalam usaha membawanya untuk peminat tempatan, Xiaomi Malaysia semalam sudah mula mengacah kehadiran peranti tersebut.

Perkhabaran itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang tarikh dan variasi manakah yang akan dipasarkan di Malaysia. Siri Redmi Note 8 mempunyai dua versi; standard dan Pro yang sudah pasti mempunyai perbezaan antara keduanya.



Redmi Note 8 Pro adalah peranti yang dikuasakan dengan cip Helio G90T, RAM 6GB/8GB bersama storan antara 64GB atau 128GB. Bagi janaan kuasa, bateri 4500mAh dibekalkan yang mana ia menyokong pengecasan pantas 18W.

Tetapan kamera menampilkan lensa 64MP+8MP+2MP+2MP manakala bahagian hadapan dengan kamera 20MP.

Untuk sebuah lagi versi, ia bakal menggunapakai Snapdragon 665, RAM 4/GB/6GB dengan kapasiti storan 64GB/128GB. Turut mempunyai 4 kamera namun, ia lensa utama adalah 48MP. Dimuatkan dengan bateri 4000mAh, sokongan pengecasan sama seperti model pro iaitu 18W.

Sama ada hanya versi Pro sahaja akan dibawa masuk atau kedua-duanya sekali, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Xiaomi Malaysia.