Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Jepun Mohon Maaf Kerana Guna “Bom Nuklear” Dalam Iklan

Xiaomi Jepun Mohon Maaf Kerana Guna “Bom Nuklear” Dalam Iklan

Diterbitkan Mei 7, 2020 · Dikemas kini Mei 7, 2020 oleh Helmi Samsuri

Pelbagai idea menarik boleh dilihat ketika mempromosikan sesebuah produk, namun jika keterlaluan, ia mungkin membawa kritikan kepada pengeluar. Terbaru, Xiaomi Jepun hari ini mengeluarkan permohonan maaf kerana iklan Redmi Note 9 Pro untuk pasaran global dikatakan mengandungi unsur-unsur perang dunia kedua.

Menerusi video iklan tersebut, badan pemuda mengembang dan terbang ke udara dan seterusnya meletup. Ia seolah-olah merujuk kepada “fat man” yang juga merupakan nama kod kepada bom nuklear yang digunakan oleh Amerika Syarikat sewaktu Perang Dunia Ke-2 untuk meletupkan Nagasaki pada tahun 1945.

弊社、最新製品のプロモーションビデオに関するコメントを掲載します。今後の再発防止に努めます。 pic.twitter.com/ZSXbSZElEi

— Xiaomi Japan (@XiaomiJapan) May 6, 2020


“Promosi produk terbaru untuk pasaran luar negara mengandungi kandungan yang dianggap tidak baik dan video tersebut telah dikeluarkan. Xiaomi menghormati pengguna dan budaya di seluruh dunia, dan kami akan lebih dekat dengan pengguna kami ketika menghasilkan promosi produk baru. Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa hadapan.”

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY