Perkhabaran terbaharu, Xiaomishka telah melaporkan Xiaomi kini sedang bersiap-siap dengan sebuah peranti untuk pelancaran bulan Julai.
Peranti dengan kod nama CAS itu disebut sebagai salah satu variasi dari siri Mi CC 10. Pembangunan peranti itu dikatakan sudah berjalan sejak awal tahun ini lagi. Menurut informasi awal yang dikongsi laman Rusia itu, peranti akan dilengkapi dengan sensor 108MP menyokong 12x zoom optikal serta zoom digital sehingga 120x. Ia mungkin memberi cabaran kepada Samsung Galaxy S20 Ultra yang dipasarkan dengan 100x Space Zoom.
Ia dinyatakan juga tidak menggunakan sensor 108MP Samsung ISOCELL Bright HMX sedia ada tetapi sebuah sensor terbaharu yang dengan kod nama HM2.
Lain-lain spesifikasi yang mungkin hadir pada peranti ini adalah cip Snapdragon 775G, ciri NFC serta sokongan rangkaian 5G.
Sumber: Xiaomishka
Beli Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro dari:
Lazada (https://invol.co/cloofe)
Shopee (https://invol.co/clooff)
Berkaitan
- Android Sebenarnya Dibangunkan Untuk Kamera Digital, Bukan Telefon Pintar
- Xiaomi Umum Bangunkan Permainan Mudah Alih Mirip Fortnite Dan PUBG
- ShareSave Dari Xiaomi, Platform Beli Produk Dari China
- Xiaomi Sudah Jual 110 Juta Unit Redmi Di Seluruh Dunia
- Samsung Keluarkan Model Galaxy S8?
- Xiaomi Lancarkan Pam Mudah Alih MIJIA
- Kenapa Guna Nama Galaxy S20 Dan Bukannya S11? Ini Jawapan Diberikan Samsung
- Samsung Galaxy Z Flip Kini Ditawarkan Di Malaysia
- Pelancaran Samsung Galaxy Note 8 Bagi Pasaran Malaysia Dijadualkan Berlangsung Pada 21 September Ini
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Xiaomi Mi 9T