Namun apabila Razer dengan Razer Phone mereka hadir ke pasaran global dengan perkakasan yang sedikit berbeza, terma gaming phone menjadi sesuatu yang agak cliche bagi dunia telefon pintar. Benarkah begitu?
Kini Xiaomi juga dikatakan mahu menghasilkan peranti telefon pintar gaming melalui anak syarikat mereka. Syarikat yang diberi nama Black Shark telah mendedahkan di laman Weibo bakal hadir dengan peranti utama yang disasarkan untuk pemain permainan video.
Tiada lagi maklumat khusus mengenai perkakasan yang akan digunakan tetapi dikatakan akan dilengkapi sistem grafik bersepadu DSP dan juga sistem penyejukan yang bertaraf 'aviation'.
Ini bermakna, pembuat permainan boleh menghasilkan permainan dengan spesifikasi yang lebih berat daripada biasa. Sama seperti Razer Phone yang menampilkan panel paparan berfrekuensi 120 Hz tetapi tidak banyak permainan video yang menyokong fungsi tersebut buat masa ini.
Apa-apa pun ini merupakan berita yang mengujakan bagi penggemar permainan video di telefon pintar dan boleh merancakkan perkembangan eSukan di kalangan pengguna telefon pintar.
Berkaitan
- Siri Xiaomi Mi 10T - Perkakas Dan Perisian Kamera Khusus Untuk Pengkarya Digital
- Ini Sebab Kenapa Tidak Patut Beli Black Shark 4 Set China
- Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia
- Xiaomi Berkongsi Sedikit Imej Mengenai Peranti Terbaru Mereka Sebelum Hari Pelancaran
- Xiaomi Keluarkan Pula Komputer Riba Gaming
- Imej Tertiris Menunjukkan Peranti Permainan Black Shark
- Razer Bakal Mengeluarkan Peranti Telefon Pintar?
- Xiaomi Mi Mix 2 Dan Redmi Pro 2 Disahkan Akan Keluar: Butiran Terbaru Mengenai Peranti Tersebut
- Imej Xiaomi Mi 6X Muncul Dengan 2 Pilihan Warna Setakat Ini
- Xiaomi Mi Max 2 Sudah Berada Di Malaysia