Siri Xiaomi Mi 10T - Perkakas Dan Perisian Kamera Khusus Untuk Pengkarya Digital

Apabila bercakap mengenai Xiaomi, umum pasti mengenali jenama ini sering hadir dengan penawaran menarik untuk harga yang berpatutan. Pada setiap tahun juga Xiaomi sudah mesra dengan produk telefon pintar yang menarik minat peminat dan pengguna.

Untuk tahun ini, siri Xiaomi Mi 10T merupakan antara telefon pintar menarik kerana spesifikasi seperti kadar segar semula 144Hz, cip Snapdragon 865, bateri yang besar 5,000mAh selain pengecasan pantas 33W. Secara tidak langsung membuatkannya sangat sesuai ditujukan kepada pengguna yang mahukan telefon dengan kemampuan gaming memuaskan.



Pun begitu, tidak juga fokus kepada penawaran gaming, siri Xiaomi Mi 10T turut menampilkan kemampuan kamera disasarkan kepada pengkarya digital. Tidak percaya? Mari lihat perkara menarik mengapa Mi 10T ini turut mempunyai manfaat untuk pengguna yang gemar mencipta kandungan digital.

Kamera Utama 108MP Lengkap Dengan OIS


Apabila mendengarkan lensa dengan saiz sebesar 108MP, mudah untuk kita katakan bahawa saiz MP yang besar bukanlah bermaksud kameranya lebih baik berbanding MP yang rendah.



Tetapi tidak dinafikan saiz MP yang besar turut memuatkan lebih banyak butiran dalam gambar yang dirakam. Tambahan lagi, siri Xiaomi Mi 10T juga disertakan dengan penstabilan OIS.

Sistem penstabilan OIS bukan sahaja membantu anda merakam video dengan kurang gegaran, malahan turut membantu memudahkan tangkapan gambar ketika waktu kurang cahaya.

Sensor utama 108MP juga adalah sensor bersaiz besar 1/1.33". Dengan padanan 1.6μm 4-in-1 Super Pixel, kualiti 108MPnya akan lebih terperinci dengan resolusi tinggi.



Xiaomi Mi 10T juga turut mempunyai lensa sudut lebar 13MP dan juga 5MP makro untuk pengguna yang mahukan perspektif berbeza ketika menangkap gambar. Swafoto pula adalah 20MP yang diletakkan secara punch hole pada hadapan telefon.

Mod Khusus Pengkarya Digital Dengan Rakaman 8K


Adakah anda memerlukan rakaman video 8K pada masa kini? Mungkin tidak. Tambahan lagi dengan TV 8K yang agak mahal dan juga saiz storan yang agak besar.

Akan tetapi, jika anda seorang pengkarya digital yang mahu bereksperimentasi dan mencuba bermain dengan rakaman 8K, Xiaomi Mi 10T adalah merupakan telefon pintar paling mampu milik yang boleh melakukannya.

https://youtu.be/lOeqMXxUUJc

Kebanyakan kamera digital sekarang pun banyak yang masih belum menyokong rakaman 8K, jadi anda boleh memanfaatkan teknologi ini melalui Mi 10T.

Selain itu, untuk penggemar rakaman waktu malam, Xiaomi turut hadir dengan 6 mod exposure panjang untuk imej yang lebih menyerlah dalam situasi kurang cahaya.



Malahan, anda juga boleh bermain dengan mod klon gambar dan video yang memberi kesan khas efek klon untuk karya yang lebih kreatif dan juga menarik.



Menerusi mod vlog, pengguna juga diberikan pilihan khusus untuk mencipta kandungan vlog dengan lebih mudah.

Dari segi spesifikasi, Mi 10T dijana Snapdragon 865, paparan 6.67 inci LCD Dot Display, kadar segar semula 144Hz, 5G, dan juga bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.



Mi 10T Pro dijual pada harga RM1,999 manakala saudara kecilnya Mi 10T pula pada RM1,699. Dengan setiap pembelian, anda akan mendapat waranti selama 24 bulan, jaminan perlindungan skrin 6 bulan, dan juga 6 bulan langganan percuma Netflix Mobile (terhad hanya 4,000 unit sahaja).

Jika berminat, boleh dapatkan siri Xiaomi Mi10T di Lazada ataupun pengedar produk Xiaomi di seluruh negara.

*Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia