Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FRONT FON

Xiaomi Dedahkan Sebab Kenapa Ada Dua Telefon Redmi Note Tahun Ini

Diterbitkan Oktober 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Redmi sedia melancarkan telefon Redmi Note 11 pada 28 Oktober ini yang mana ia hanya lima bulan selepas Redmi Note 10 diperkenalkan.

Mungkin agak mengejutkan kerana terdapat dua siri Redmi Note yang ditawarkan kepada pengguna dalam tahun yang sama. Menurut Lu Weibing, mereka ada sebab mengapa ia dilakukan.

Katanya, ia merupakan satu strategi yang mereka akan lakukan dan telah pun terjadi bermula tahun ini. Tambahnya, dengan pengenalan dua telefon Redmi Note dalam satu tahun, ia bakal menawarkan pengguna pilihan dalam memilih peranti yang sesuai.

Bercakap tentang Redmi Note 11, ia disahkan dilengkapi cip pemproses MediaTek 920, skrin AMOLED serta sokongan pengecasan pantas 120W.

Bagaimanapun, tahun-tahun sebelum ini peranti Redmi juga dilancarkan dalam jarak yang dekat. Namun, ia dibezakan dengan tahun. Sebagai contoh, Redmi Note 9 pada Mei 2020. Sementara Redmi Note 10 Mac 2021.

Sumber: weibo

Baca juga:

  • Redmi Smart Band Pro Bakal Dilancar Minggu Ini

  • Spesifikasi Cip Snapdragon 898 Dan Dimensity 2000 Didedahkan, Guna 4nm

  • Rekaan Baharu Lagi, Ini Konsep Bagi Telefon Xiaomi 12

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY