Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Redmi Smart Band Pro Bakal Dilancar Minggu Ini

Posted on Oktober 26, 2021

Redmi yang sedia terkenal dengan peranti dengan harga mampu milik dilaporkan akan melancarkan beberapa peranti termasuk Redmi Note 11 dan Redmi Watch 2. Bukan itu sahaja, laporan terbaru mengatakan sebuah lagi penjejak kesihatan, Redmi Smart Band Pro juga turut akan diperkenal.

Melihat kepada reka bentuk yang tertiris, ia seakan-akan jam tangan pintar buatan Huawei dan dipercayai akan menyaingi Huawei Watch Fit serta Samsung Galaxy Fit. Mengetahui reputasi Redmi sebagai pengeluar peranti pada harga berpatutan, Redmi Smart Band Pro ini dikatakan akan hadir dengan fungsi GPS lantas akan memberikan saingan hebat pada jam tangan pintar dalam kelasnya.

Tidak cukup dengan itu, ia juga dijangka akan hadir dengan ‘sensor’ SpO2 yang dapat mengesan kandungan oksigen dalam darah, antara ciri yang penting ketika pandemik ini.

Kesemua peranti seperti Redmi Note 11, Redmi Watch 2 dan Redmi Smart Band Pro akan dilancar di China pada 28 Oktober ini.

Sumber: GSMArena

Baca juga:

  • Redmi Note 11 Dan Redmi Watch 2 Akan Guna Skrin AMOLED
  • Redmi Note 11 Bakal Dilancarkan Minggu Depan, Ada Rekaan Baharu
  • Spesifikasi Cip Snapdragon 898 Dan Dimensity 2000 Didedahkan, Guna 4nm
  • Rekaan Baharu Lagi, Ini Konsep Bagi Telefon Xiaomi 12

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress