Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 11-2

Redmi Note 11 Bakal Dilancarkan Minggu Depan, Ada Rekaan Baharu

Diterbitkan Oktober 20, 2021 oleh Amsyar Latif

Rasanya Redmi Note 10 masih baru sahaja dilancarkan yang mana Mac lalu masuk secara rasmi buat pasaran Malaysia.

Terbaru, Redmi mengesahkan kehadiran penggantinya menerusi Redmi Note 11 pada minggu hadapan – 28 Oktober 2021 ini.

Melalui poster yang dikongsikan, peranti tersebut menerima rekaan serba baharu. Rekaannya kini hadir lebih berbentuk petak seperti mana langkah OPPO Reno6 atau telefon Huawei Nova 8 SE yang mengikuti jejak langkah Apple.

redmi note 11

Selain itu, Redmi Note 11 dilengkapi bicu audio yang mana pembesar suaranya ditala JBL, kamera swafoto berlubang pada bahagian tengah dan juga tetapan 4 kamera belakang.

Dikatakan telefon tersebut didatangkan dengan tiga model – Redmi Note 11, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro+. Spesifikasinya mungkin memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, skrin 120Hz LCD dan OLED serta cip pemproses Dimensity 810 dan Dimensity 920 untuk model Pro.

Mungkin agak mengejutkan dengan pengumuman ini tetapi sama-sama kita nantikan pelancarannya nanti.

Sumber: weibo

Baca juga:

  • Google Rasmikan Siri Pixel 6 – Rekaan Baharu, Cip Tensor Dan Kamera Besar

  • Ini Gambaran Awal Peranti Redmi K50, Rekaan Serba Baharu

  • Telefon Redmi Dijangka Hadir Dengan Antara Muka Tersendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY