Siri Redmi Note 10 Rasmi, Ini Harga Yang Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia

Xiaomi hari ini telah mengumumkan siri terbaru dalam peranti kelas pertengahan iaitu siri Redmi Note 10. Seperti siri-siri Redmi Note sebelum ini, ia membawakan lebih daripada satu model. Melalui siri Redmi Note 10, ia hadir dengan dua model iaitu Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro untuk pasaran Malaysia.

Redmi Note 10 Pro




Redmi Note 10 Pro dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi Full HD+ serta sokongan kadar segar semula 120Hz dan input sentuhan 240Hz. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.



Dari segi prestasi, ia dijana cip pemproses Snapdragon 732G yang berasaskan teknologi 8nm. Memori pula dimuatkan dengan RAM sehingga 8GB (LPDDR4X) serta pilihan storan sehingga 128GB berasaskan UFS2.2.



Beralih ke bahagian panel belakang, ia menampilkan tetapan empat kamera yang terdiri daripada 108MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP telemakro dan 2MP depth. 



Peranti ini juga mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 5. Sementara itu, ia juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5020mAh bersama pengecasan pantas 33W.

Antara lainnya adalah sokongan HDR10, NFC, IR Blaster, sensor pengimbas cap jari di bahagian sisi dan imbasan wajah, bicu audio 3.5mm serta pembesar suara stereo. Peranti ini menjalankan MIUI 12 berasaskan Android 11.

harga Redmi Note 10

Bagi Redmi Note 10 Pro, terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Onyx Gray, Glacier Blue dan Gradient Bronze.

Redmi Note 10




Redmi Note 10 merupakan model dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Redmi Note 10 Pro. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED dengan resolusi Full HD+. Terdapat paparan berlubang di bahagian tengah yang memuatkan kamera swafoto 13MP.

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 678 dengan gandingan RAM (LPDRR4X) 6GB dan storan 128GB yang berasaskan UFS 2.2.



Terdapat empat lensa yang ditampilkan pada model ini, di mana ia terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP depth.

Redmi Note 10 mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan 33W melalui USB-C. Ia juga didatangkan dengan perlindungan Gorilla Glass 3IR Blaster, bicu audio 3.5mm serta pembesar suara stereo.

harga Redmi Note 10

Sama seperti Redmi Note 10 Pro, ia juga mempunyai sokongan pengesahan cap jari pada butang kuasa serta sensor imbasan wajah Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Onyx Gray, Pebble White dan Lake Green.

Harga Jualan


Berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan bagi Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro.

Redmi Note 10

  • 6GB+128GB - RM799


Redmi Note 10 Pro

  • 6GB+128GB - RM999

  • 8GB+128GB - RM1,099


Dari segi ketersediaan, Redmi Note 10 boleh dibeli bermula 8 Mac 2021, manakala pembelian Redmi Note 10 Pro pula boleh dilakukan bermula 15 Mac 2021. Kedua-dua model ini boleh dibeli melalui kedai rasmi Xiaomi di Lazada serta Mi Store dan pengedar sah Xiaomi seluruh negara.