Xiaomi Akan Perkenalkan Produk Ekosistem Baharu Pada 15 Julai - Antaranya Mi Band 5 Dan Skuter Elektrik

Untuk agenda terbaharu Xiaomi, mereka akan melancarkan beberapa produk ekosistem yang terkini untuk pasaran tempatan. Sehubungan dengan itu, produk-produk ini akan diperkenalkan pada 15 Julai ini.

https://twitter.com/XiaomiMalaysia/status/1281493115241521152

Xiaomi telah pun mengacah acara pengenalannya melalui sebuah poster. Pada poster tersebut, dapat diperhatikan terdapat beberapa produk seperti skuter elektrik, Mi Band 5, paparan desktp dan mungkin juga peranti pintar.

Acara ini boleh ditonton secara langsung melalui Twitter, Facebok, dan YouTube rasmi Xiaomi pada pukul 8 malam. Kita mungkin akan mendapat tambahan pengumuman produk yang tidak terdapat dalam poster. Namun, buat masa ini hanya produk yang dinyatakan sahaja yang akan diumumkan.

Sumber: Xiaomi Malaysia

 

Berkaitan