Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lei jun xiaomi

CEO Xiaomi Terima Kecaman Setelah Dilihat Menggunakan iPhone

Diterbitkan Mei 14, 2020 oleh Meor Hasyim

CEO Xiaomi, Lei Jun baru-baru ini telah memuat naik kiriman di laman Weibo. Apa yang dikirim tidaklah menarik kerana apa yang lebih menarik adalah dengan apa yang dikirim – iPhone.

Laman Weibo kebiasaanya mudah untuk mengesan peranti apa yang digunakan untuk membuat kiriman. Kiriman tersebut berkisar tentang beliau menyarankan peminat Xiaomi untuk membeli beberapa buah buku.

Sepatutnya ia tidak mengundang kontroversi namun disebabkan ia dikirim melalui peranti iPhone, ia menerima banyak kecaman dari peminat Xiaomi.

Model Pro iPhone 16 Dilapor Akan Dihasilkan Di India Buat Pertama Kali

Lei Jun kemudiannya telah memadam kiriman berkenaan dan memuat naik kiriman yang sama dengan peranti yang ‘betul’.

CEO Xiaomi Terima Kecaman Setelah Dilihat Menggunakan iPhone

Tidak lama selepas itu, selepas penganalisis Pan Jiutang memuat naik pula kiriman baharu mempertahankan Lei Jun. Menurutnya, adalah hipokrit jika mana-mana pekerja mana-mana jenama tidak mencuba atau memiliki produk lain seperti Apple, Samsung, atau Huawei.

Lei Jun

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Lei Jun sememangnya tidak pernah menyekat mana-mana pekerja beliau dari menggunakan jenama-jenama lain. Mungkin bagi peminat, menggunakan peranti selain dari jenama sendiri adalah dianggap tidak setia dan juga tidak mempunyai integriti.

Melalui: Toutiao

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY