Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Boleh Lipat Dari Xiaomi Belum Lagi Boleh Diperkenalkan Pada Tahun Ini

Telefon Boleh Lipat Dari Xiaomi Belum Lagi Boleh Diperkenalkan Pada Tahun Ini

Diterbitkan September 4, 2020 oleh Meor Hasyim

Pada awal tahun lepas, Xiaomi telah memperlihatkan sebuah produk boleh lipat yang didemokan oleh presiden syarikat tersebut iaitu Lin Bin.

https://youtu.be/w3-aDOMI6Mk

Produk boleh lipat itu mampu untuk dilipatkan pada dua bahagian kiri dan kanan yang kemudiannya bertukar menjadi sebuah telefon memanjang dari sebuah tablet.

Telefon Boleh Lipat Dari Xiaomi Belum Lagi Boleh Diperkenalkan Pada Tahun Ini

Namun, sehingga hari ini masih tiada lagi apa-apa berita mengenai produk tersebut walaupun mereka mengatakan ia sudah sedia untuk diperkenalkan kepada umum.

Laporan dari Mydrivers telah menyatakan bahawa hanya pada tahun hadapan Xiaomi baru boleh memperkenalkan telefon boleh lipat ini.

Ini adalah disebabkan beberapa faktor utama yang membantutkan pengenalan telefon ini. Antara faktor utama adalah ia perlu dipastikan untuk tidak terlalu tinggi harga jualannya.

Walaupun Xiaomi kini sudah memasuki arena telefon mercu dengan kehadiran siri Mi 10, mereka berhadapan dengan masalah untuk mencari pembeli yang mahu memiliki sebuah telefon lipat dengan harga yang tinggi ini.

Disebabkan itu, mereka seakan menunggu pasaran telefon boleh lipat menjadi semakin matang agar harga kos pembuatan menjadi semakin rendah.

Jadi, jika anda mahu melihat inovasi telefon boleh lipat dari Xiaomi, terpaksalah anda menunggun pengenalannya pada tahun 2021 nanti.

Sumber: Mydrivers

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY