Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 9 Lite Kini Memasuki Malaysia Dengan Harga Bermula RM1199

Xiaomi Mi 9 Lite Kini Memasuki Malaysia Dengan Harga Bermula RM1199

Diterbitkan Oktober 24, 2019 · Dikemas kini Oktober 24, 2019 oleh Meor Hasyim

Xiaomi Mi 9 Lite adalah variasi global untuk model Xiaomi CC9 yang dilancarkan di China sebelum ini. Bermula 1 November ini, anda boleh mendapatkan peranti ini yang sudah rasmi dijual di Malaysia.

Screenshot 2019-10-24 at 10.42.33

Ia hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 710, skrin bersaiz 6.39 AMOLED FullHD+ dan bateri 4,030mAH. RAM 6GB berserta 2 pilihan storan dalaman 64GB atau 128GB. Terdapat 3 kamera belakang 48MP utama, 8MP ultralebar, dan 2MP depth. Manakala kamera swafoto pula bersaiz 32MP dengan AI.

Selain itu, ia menyokong cap jari dalam skrin, pengecasan pantas 18W, NFC, serta pemancar infra merah. Di belakang peranti terdapat logo Xiaomi yang menyokong pelbagai warna LED selain bertindak sebagai cahaya notifikasi.

Xiaomi Mi 9 Lite dijual pada harga RM1199 untuk versi 6/64 GB dan RM1299 untuk versi 6/128 GB dalam warna pilihan Pearl White, Aurora Blue dan Onyx Grey.

Untuk meraikan ketibaan Xiaomi Mi 9 Lite, Xiaomi Malaysia dengan kerjasama Hermo MY akan mengadakan promosi khas pada 1 November nanti. Setiap pembelian Mi 9 Lite, anda akan mendapat percuma baucer Hermo bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk membeli barangan mereka.

Promosi ini adalah sah untuk gudang Mi seluruh Malaysia seperti yang berikut:

– Mi Store Bukit Tinggi (Klang)
– Mi Store One Utama (Klang Valley)
– Mi Store Mid Valley (Klang Valley)
– Mi Store KLCC (Klang Valley)
– Mi Store Pavilion (Klang Valley)
– Mi Store D’Pulze (Cyber Jaya)
– Mi Store Aman Central (Kedah)
– Mi Store Sunway Carnival (Seberang Perai, Penang)
– Mi Store Queensbay Mall (Penang)
– Mi Store Ipoh Parade (Ipoh)
– Mi Store Suria Sabah (Sabah)
– Mi Store The Spring (Bintulu)
– Mi Store Mid Valley South Key (JB)
– Mi Store KB Mall (Kelantan)
– Mi Store Kuantan City Mall (Kuantan)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY