Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (18)

Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition Peroleh Skor Kamera Tertinggi Dalam DxOMark

Diterbitkan November 5, 2019 oleh Meor Hasyim

Sejurus selepas dilancarkan, laman DXOMARK terus memuat naik skor kamera peranti Xiaomi Mi CC9 Pro Premium Edition sebanyak 121. Skor yang diperolehi adalah yang tertinggi setakat ini untuk carta kamera DxOMark dan berkongsi posisi dengan Huawei Mate 30 Pro – yang juga memperoleh skor sebanyak 121.

Memfokuskan kepada fotografi, Xiaomi Mi CC9 Pro Premium dilengkapi dengan konfigurasi 5 kamera di belakangnya. Menurut DxOMark, imej yang dihasilkan peranti tersebut adalah cemerlang dalam pelbagai situasi fotografi. Perincian adalah sangat tinggi disertakan dengan exposure yang tepat dan juga kawalan hingar yang baik.

Screenshot (20)

Selain itu, white balance juga tepat serta mempunyai kualiti bokeh yang menawan. Untuk video, peranti ini mendapat skor 102 iaitu markah tertinggi setakat ini mengalahkan peranti pesaing lain seperti Google Pixel 4 dan Samsung Note 10+ 5G. Peranti ini juga mempunyai kualiti zum yang terhandal yang pernah diuji melalui 2 jenis lensa telefoto yang mempunyai focal length yang berbeza.

Xiaomi Mi CC Pro Dxomark

Namun, terdapat juga kritikan yang diberikan terhadap kamera peranti tersebut. Antaranya adalah kurang julat dinamik berbanding pesaing, langit cenderung untuk mempunyai warna ungu, dan juga hilang perincian pada hujung imej.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY