Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong

Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong

Diterbitkan Julai 9, 2018 · Dikemas kini Julai 10, 2018 oleh Helmi Samsuri

Menerusi pengumuman yang dibuat pada laman Facebook rasmi Mi Malaysia, syarikat gergasi dari China itu kini melangkah setapak lagi dengan penyenaraian di dalam Bursa Saham Hong Kong.

Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong

Sejak diasaskan 10 tahun lalu, Xiaomi telah mengecapi pelbagai kejayaan, dari sebuah syarikat internet dan telefon pintar kepada pembuat pelbagai barangan termasuk perkakasan rumah pintar.

Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, Mi Malaysia bakal mengadakan satu promosi bermula hari ini, 9 Julai 2018 sehingga 31 Julai 2018, yang mana ia melibatkan model Redmi Note 5, peranti dilengkapi tetapan dwi kamera yang cukup ampuh dalam kelasnya.

Promosi yang disebutkan adalah;

  1. Setiap pembelian Redmi Note 5 (64GB), pembeli akan menerima Mi Powerbank 2 yang bernilai RM69 secara percuma.
  2. Setiap pembelian Redmi Note 5 (32GB), pembeli boleh menerima potongan sebanyak 50% untuk membeli Mi Powerbank 2 (RM34.50)
  3. Mi Band 2 pada harga promosi iaitu RM88 (harga jualan RM119).

Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong

Tidak cukup dengan itu, Mi Malaysia turut mengadakan satu pertandingan “The Camera Beast” dimana pemilik Redmi Note 5 boleh mengetengahkan bakat mereka dalam mengambil gambar.

Pertandingan ini juga akan mula berjalan pada tarikh yang sama iaitu 9 Julai 2018 dan tamat pada 31 Julai 2018.

Hadiah menarik menanti pemenang seperti Mi Band 2, Powerbank 2, dan juga Mi Selfie Stick.  8 orang peserta dengan gambar yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Cara untuk memasuki pertandingan ini mudah sahaja, ambil gambar mengikut kreativiti anda, muat naik ke Facebook serta Instagram dan jangan lupa sertakan tanda pagar #ShotOnRedmiNote5.

Pemenang akan diumumkan pada 1 Ogos hadapan. Tidak terhad kepada hadiah sahaja, pemenang juga akan dijemput ke acara fotografi yang diserta jurugambar antarabangsa Mars Khor juga social media influencer, Jeii Pong.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY