Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 14 Ultra China_1

Xiaomi 14 Ultra Akan Dilancarkan Di China Tiga Hari Lebih Awal

Diterbitkan Februari 20, 2024 oleh Amalina Athman

Xiaomi telah pun mengumumkan acara pelancaran global siri Xiaomi 14 pada 25 Februari 2024. Ia dijangka menampilkan Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra, serta beberapa produk IoT yang lain.

Akan tetapi, syarikat itu juga mengadakan acara berasingan di China tiga hari lebih awal, yang bakal menyaksikan pelancaran Xiaomi 14 Ultra. Xiaomi mengesahkan model paling berkuasa itu akan diperkenalkan pada 22 Februari 2024, jam 7.00 malam.

Berkaitan

  • Pelancaran Global Siri Xiaomi 14 Akan Berlangsung 25 Februari

Di platform media sosial, Xiaomi turut berkongsi imej rasmi Xiaomi 14 Ultra yang memperlihatkan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Xiaomi 14 Ultra China_Black2
Xiaomi 14 Ultra China_White2

Untuk kamera, peranti ini bakal dilengkapi dua lensa telefoto Leica yang menggunakan sensor Sony IMX858. Lensa pertama menawarkan jarak fokus 75mm dengan apertur f/1.8 dan 3.2x zum optikal, manakala yang kedua dengan 120mm bersama apertur f/2.5 dan 5x zum optikal.

Xiaomi 14 Ultra China_2
Xiaomi 14 Ultra China_3

Xiaomi 14 Ultra bukanlah satu-satunya peranti yang akan membuat penampilan sulung pada acara itu. Sebaliknya, Xiaomi Pad 6S Pro juga disahkan akan dilancarkan bersama peranti itu.

Bagi mengetahui selanjutnya mengenai kedua-dua peranti ini, nantikan acara pelancaran yang akan berlangsung Khamis ini.

  • Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clkr593
  • Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clkr58e

Sumber: Xiaomi Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY