Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Office Mobile

Word, Excel, PowerPoint Untuk Android Bakal Disatukan Dalam Sebuah Aplikasi

Diterbitkan November 4, 2019 · Dikemas kini November 4, 2019 oleh Helmi Samsuri

Aplikasi Microsoft seperti Word, Excel, PowerPoint dan lain-lain  yang disediakan untuk peranti mudah alih sememangnya memudahkan kita dalam menyiapkan tugasan.

Ia ditawarkan secara berasingan namun berdasarkan perkembangan terbaru, Microsoft telah menyatukannya didalam sebuah aplikasi yang diberi nama Microsoft Office: Word, Excel, PowerPoint, & more.

Fungsi yang diberikan masih sama seperti mencipta dan menyunting dokumen pada peranti mudah alih anda. Selain itu, aplikasi tersebut juga menawarkan ciri mengubah fail PDF kepada Word, Excel, dan PowerPoint serta mengambil gambar data untuk dijadikan kepada format PDF dan sebagainya.

Aplikasi ini masih dalam fasa beta dan ditawarkan pada Google Play Store tetapi ketika artikel ini ditulis, aplikasi itu tidak lagi kelihatan. Dengan adanya sebuah aplikasi untuk semua perkhidmatan Microsoft Office, ia lebih memudahkan kita untuk mengakses sesuatu tugasan tanpa perlu beralih kepada aplikasi-aplikasi lain.

Sumber: MS Power User 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY