Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysian KERIS MAKING 2.jpg.nyfExKLnMdsr9-thYBMA.3Z64Mo-SWW

Penduduk Malaysia Berumur Lebih 60 Dan 65 Tahun Meningkat Setiap Tahun – DOSM

Diterbitkan September 3, 2024 · Dikemas kini September 3, 2024 oleh ariff bukhari

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan terkini Anggaran Penduduk Malaysia 2024 mendedahkan, jumlah penduduk Malaysia pada 2024 dianggarkan berjumlah 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada 2023 dengan kadar pertumbuhan 1.9 peratus.

Apa yang menarik adalah, laporan itu turut mendedahkan komposisi penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun dan lebih serta yang berumur 65 tahun dan lebih mencatatkan peningkatan pada setiap tahun.

“Komposisi penduduk berumur 60 tahun dan lebih pada 2024 meningkat kepada 11.6 peratus berbanding 11.3 peratus (2023). Komposisi bagi penduduk berumur 65 tahun dan lebih meningkat kepada 7.7 peratus (2023: 7.4%).” DOSM

Malah pada tahun 2024 ini, DOSM mengenal pasti sebanyak sebelas daerah baharu yang dikenal pasti sebagai daerah menua iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai 7.0 peratus.

Penduduk Malaysia Berumur Lebih 60 Dan 65 Tahun Meningkat Setiap Tahun – DOSM

Malah DOSM mengisytiharkan, semua daerah di dua buah negeri di utara Malaysia iaitu Perak dan Kedah telah menjadi daerah menua.

DOSM menjelaskan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan tiga kategori penuaan, iaitu ageing society, aged society dan super-aged society di mana masing-masing merujuk kepada penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencecah 7 peratus, 14 peratus dan 20 peratus.

Manakala berdasarkan Dasar Warga Emas Negara (DWEN), penuaan ialah apabila penduduk berumur 60 tahun dan lebih mencecah 15 peratus daripada jumlah penduduk.

Mengikut unjuran PBB (2009), Malaysia akan mencapai status
negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada jumlah penduduk.

Ini bermakna Malaysia akan menjadi negara tua menjelang Rancangan Malaysia ke-14

Sumber: DOSM, KPWKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Motosikal Baharu 150cc Ke Atas Perlu Dilengkapi ABS Mulai Tahun Depan
  • MCMC Kuat Kuasa Larangan Beberapa Kandungan Dalam SMS
  • CelcomDigi Diiktiraf Sebagai Liputan Rangkaian Mudah Alih Terbaik Di Malaysia

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY