Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 12 Malaysia launch

OnePlus 13 Dijangka Diperkenal Pada Oktober Depan

Diterbitkan September 3, 2024 oleh Rushsyafizal

Khabar angin mengatakan bahawa OnePlus 13 mungkin akan dilancarkan seawal bulan Oktober ini. Menurut Digital Chat Station di Weibo, OnePlus 13 mungkin akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 4, yang dijangka dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober di Snapdragon Summit di Hawaii.

Menerusi OnePlus 13 ini, ia juga dijangka akan hadir dengan sistem tiga kamera belakang, termasuk sensor utama 50MP, lensa ultra lebar 50MP, dan lensa telefoto periskop 50MP dengan zum optik 3x.

OnePlus kali ini dilaporkan bakal menampilkan paparan 6.8 inci LTPO dengan resolusi 1440p, bateri berkapasiti 6,000mAh, pengecasan berwayar 100W, dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Telefon pintar ini juga dikhabarkan mempunyai fungsi IP68 atau IP69 dalam memberikan ketahanan terhadap air dan debu.

Namun begitu, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak OnePlus mengenai tarikh pelancaran atau kepastian pelancaran peranti tersebut.

Berkaitan

  • Xiaomi 15, OnePlus 13 Dilapor Akan Dilengkapi Pengimbas Cap Jari Ultrasonik
  • Cip Snapdragon X Plus Dijangka Diumum Di IFA, Mungkin Ini Spesifikasinya
  • Redmi 14C Dilancar Dengan Cip MediaTek Helio G81 Ultra
  • Grab Indonesia Tambah 1,000 EV Lagi, Majoritinya Dari BYD
  • Jeff Bezos Dilaporkan Beli Jet Peribadi Ke-4, Mampu Terbang Hampir Kelajuan Bunyi

Sumber : Gadgets 360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY