Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ikon aplikasi

Aplikasi-Aplikasi Di Peranti OPPO, vivo Dan Xiaomi Kini Lebih Berprestasi Dan Selamat

Diterbitkan September 3, 2024 ยท Dikemas kini September 3, 2024 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada para pengguna telefon pintar Android, khususnya dari jenama OPPO, vivo dan Xiaomi kerana aplikasi-aplikasi mereka kini lebih berprestasi, stabil dan selamat.

Ia selepas Perikatan Ekologi Terminal Pintar Mudah Alih (Mobile Intelligent Terminal Ecological Alliance) mengeluarkan notis mengenai penyingkiran aplikasi 32 bit dari stor aplikasi.

“Untuk meningkatkan pengalaman keserasian aplikasi Android dengan lebih baik dan memastikan aplikasi dalam gedung aplikasi boleh menyediakan pengguna perkhidmatan yang lebih selamat, lebih cekap dan berkualiti tinggi, OPPO, vivo dan Xiaomi, ahli Perikatan Standard Emas (Gold Standard Alliance), telah memutuskan untuk mengalih keluar aplikasi yang hanya menyokong aplikasi 32-bit daripada gedung aplikasi mulai sekarang (2 September).

“Kami mengesyorkan agar anda melengkapkan penyesuaian 64-bit secepat mungkin untuk memastikan operasi aplikasi anda dengan betul.”

Menurut IT Home yang melaporkannya, sehingga 23 Ogos 2024, kadar penyesuaian penuh stor OPPO, vivo, Xiaomi dan Lenovo dengan aplikasi 64-bit telah mencapai lebih daripada 99.29%.

Dengan mengalih keluar sokongan untuk apl 32-bit, ia merupakan langkah besar ke arah lebih banyak penambahbaikan dalam ekosistem Android oleh perikatan itu.

Sekali gus mengikuti Google dengan aplikasi 64-bit untuk memberi laluan kepada aplikasi yang lebih cekap dan selamat.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Akhirnya, Android 15 Sah Akan Tiba Oktober 2024, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Dulu
  • Kadar Istimewa 'Friends and Family' Bagi Pelanggan Pascabayar Digi Akan Ditamatkan

Sumber: ithome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY