Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lumia 1020

HMD Mungkin Nak Hidupkan Kembali Lumia 1020

Diterbitkan September 3, 2024 oleh Rushsyafizal

HMD dijangka melancarkan beberapa telefon pintar baharu. Sebelum ini, ia telah memperkenalkan HMD Skyline yang membawa kembali reka bentuk nostalgia Lumia.

Laporan terkini menunjukkan bahawa HMD mungkin mereka sebuah produk yang mengimbau kenangan kepada Lumia 1020 yang ikonik.

Sebelum ini, HMD Skyline, dilancarkan sebagai telefon pintar kelas pertengahan premium. Ia adalah telefon serba boleh yang menonjol kerana reka bentuknya. Namun, syarikat ini masih mengekalkan sasaran penjualan yang sama iaitu sebuah telefon yang berfokus pada kamera.

Memandangkan syarikat ini sedang menghidupkan semula telefon Nokia ikonik dengan jenama baharu mereka, berkemungkinan mereka akan membawa sebuah pendekatan yang serupa dengan Lumia 1020, telefon yang terkenal dengan prestasi kameranya.

HMD Mungkin Nak Hidupkan Kembali Lumia 1020

Menurut laporan terbaru oleh HMD News, HMD cuba menampilkan potongan kamera berbentuk bulat yang membezakannya daripada modul kamera kotak HMD Skyline yang sebelumnya.

Selain itu, imej komputer menunjukkan lima potongan dalam modul tersebut. Ini mungkin menunjukkan empat sensor dan satu lampu LED.

Pada masa ini, kita tidak tahu apa sensor kamera yang akan digunakan telefon ini. Lumia 1020 yang asal menampilkan kamera utama 41MP di mana pada masa itu sudah cukup baik.

Melaluinya, mungkin HMD dijangka akan cuba bersaing kembali dalam segmen telefon yang memfokuskan fotografi.

Berkaitan

  • OnePlus 13 Dijangka Diperkenal Pada Oktober Depan
  • HUAWEI Bakal Perkenal Telefon Lipat Tri-Skrin Minggu Depan
  • CelcomDigi Diiktiraf Sebagai Liputan Rangkaian Mudah Alih Terbaik Di Malaysia
  • Kadar Istimewa 'Friends and Family' Bagi Pelanggan Pascabayar Digi Akan Ditamatkan
  • Penduduk Malaysia Berumur Lebih 60 Dan 65 Tahun Meningkat Setiap Tahun - DOSM

Sumber : HMD news

Foto utama: petapixel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY