Jadi pada persidangan baru-baru ini, Microsoft memperkenalkan fungsi baru yang bakal memperlihatkan sambungan dari platform window ke peranti mudah alih dipertingkatkan.
Pengguna Microsoft dapat salin apa-apa isi kandung di peranti Windows dan tampal ke peranti mudah alih. Pengguna dapat salin dan tampal pautan, nota, fail, gambar dan sebagainya. Ianya beroperasi menggunakan aplikasi Clipboard dengan sistem Cloud.
Fungsi ini dapat digunakan dengan syarat kedua-dua peranti tersebut perlu di log masuk ke akaun Microsoft terlebih dahulu. Ianya dilihat dapat memudahkan lagi penggunaan dan keserasian antara PC Window dan telefon pintar.
Ini bermakna jika pengguna menjumpai sesuatu maklumat di telefon, mereka boleh copy dan paste terus ke PC tanpa perlu lagi menggunakan storan USB atau email contohnya untuk memindahkan fail yang dijumpai dari peranti ke peranti.
Fungsi ini akan diperkenalkan bersama kemaskini Windows 10 Fall Creators yang juga akan mengetengahkan pembaharuan besar untuk sistem operasi Windows. Antara yang menarik, Microsoft juga melancarkan ciri baru dinamakan Timeline dan Cortana.
Sumber
Berkaitan
- Samsung Galaxy S10+ vs Apple iPhone XS Max vs Huawei Mate 20 Pro - Pertempuran Kamera Jagoan Tiga Negara
- (Ulasan) Honor 10 Lite - Cantik Pada Rupa Parasnya, Menawan Pada Harganya
- (Ulasan) Samsung Galaxy S10+ & Galaxy S10 - Telefon Yang Berada Di Kelas Tersendiri
- Empat Perkara Utama Yang Membuatkan Samsung Galaxy S10 Peranti Yang Sukar Ditewaskan Pada Tahun Ini
- Honor Malaysia Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM 298 Dengan Setiap Pembelian Honor 10 Bermula Hari Ini
- Muat Turun Kemaskini Piala Dunia 2018 Pada Permainan Fifa 18 Anda Sekarang
- Ini Pandangan Kami Selepas Sehari Bersama Samsung Galaxy S10
- Telefon Mid-Range HTC X10 Dikhabarkan Pelancarannya Januari Ini
- Memang Gempak, Ini Tips Kami Untuk Guna Kamera Samsung Galaxy S10
- (Ulasan) Samsung Galaxy S10 Lite, Peranti Yang Baik Tetapi Bukan Sempurna