Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tim Cook Berjaya Dapatkan Kepercayaan Bekas CEO Apple Untuk Perancangan Baru Beliau

Windows 10 Bakal Dilengkapi Ciri Yang Sudah Pun Digunakan macOS Sejak Lapan Tahun Lalu

Diterbitkan Ogos 2, 2019 · Dikemas kini Ogos 2, 2019 oleh ariff bukhari

Windows merujuknya sebagai ciri “Cloud download”.

Dalam laman muka rasmi Windows 10 Insider Preview Build 18950 ada menyebut berkenaan ciri terbaru yang seakan sama dengan ciri yang dimiliki oleh macOS yang bakal dimuatkan dalam kemas kini Windows 10 akan datang.

Ciri yang dikenali sebagai “Cloud download” itu diterjemahkan sebagai ciri yang membolehkan pengguna Windows set semula komputer menggunakan sistem operasi tersebut kepada tetapan sistem asalnya menerusi sokongan internet.

Walaubagaimanapun, buat masa ini pihak Windows hanya memaklumkan pengenalan ciri baru tersebut. Ia belum diaktifkan dan boleh digunakan oleh pengguna Windows.

Ciri “Cloud download” Windows ini dilihat mempunyai persamaan dengan ciri yang ada pada macOS iaitu “Internet Recovery“. Cuma ciri itu sudah pun diperkenalkan pada Mac OS X Lion (10.7) pada Julai 2011 dahulu.

Ia merupakan ciri yang membolehkan pengguna Mac melakukan pemasangan penuh sistem operasi macOS menerusi capaian internet tanpa memerlukan sebarang perisian sistem operasi di tangan pengguna.

“macOS Recovery is part of the built-in recovery system of your Mac. You can start up from macOS Recovery and use its utilities to recover from certain software issues or take other actions on your Mac.”

Windows 10 Bakal Dilengkapi Ciri Yang Sudah Pun Digunakan macOS Sejak Lapan Tahun Lalu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY