Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Wiko Sunny 4 Boleh Dibeli Pada Hanya RM199

Posted on Julai 29, 2019

Wiko sudah bertapak dalam pasaran Malaysia dan sedia menawarkan beberapa peranti mereka untuk pengguna tempatan. Antara tawaran mampu milik yang baru sahaja diumumkan hari ini adalah Wiko Sunny 4, sebuah peranti dengan spesifikasi asas dijual pada harga RM199.

Tampil dengan rekaan panel belakang glossy, paparan 5 inci FWGA (480 x 854 piksel), cip pemprosesan Quad-core 1.3 GHz, Cortex-A7, RAM 1GB serta memori dalaman 16GB yang menyokong kad MikroSD sehingga 32GB.

Terdapat dwi slot kad SIM disediakan terdiri daripada Mikro dan Nano, Sunny 4 turut mempunyai sistem kamera 5MP untuk rakaman depan dan belakang. Selain daripada itu, bateri 2200mAh dibekalkan dan bagi pengoperasian, ia menggunakan Android Go Oreo.

Wiko Sunny 4 mempunyai 3 pilihan warna iaitu Dark Grey, Blue dan Gold.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress