Wikipedia Versi Percuma Dihentikan

Akses tanpa data ke Wikipedia melalui program Wikipedia Zero telah dimulakan sejak 2012 yang lalu. Melaluinya, sebanyak 72 buah negara membangun dapat melayari Wikipedia tanpa dikenakan sebarang cas oleh pengendali rangkaian mudah alih mereka.

Tetapi disebabkan kos data yang semakin meningkat serta "kesedaran yang rendah" terhadap Wikipedia dalam kalangan penduduk diluar Amerika dan Eropah, program percuma terbabit terpaksa ditamatkan oleh Wikimedia Foundation.

Menurut Wikimedia, selama program itu berlangsung, mereka telah bekerjasama dengan 97 syarikat pengendali mudah alih di 72 buah negara yang memberi manfaat kepada lebih dari 800 juta pengguna.

Sumber: Wikimedia Foundation