Kini perkhabaran terbaru mengenai siri tersebut, sebuah model yang sudah diperkenalkan pada Februari lalu bakal muncul dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi. Model yang dimaksudkan adalah Sony Xperia 10 II.
Dari segi penawaran, Xperia 10 II hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6 inci dengan nisbah 21:9 serta menyokong resolusi FHD+. Rakaman bahagian hadapan ditugaskan kepada kamera 8MP.
Disebelah belakang peranti terdapat tiga lensa kamera terdiri daripada 12MP utama f2.0, 8MP telefoto f2.4, dan 8MP ultra lebar f2.2. Menguasakan peranti dibahagian dalam adalah cip pemproses Snapdragon 665 yang ditemani memori RAM 4GB serta storan 128GB. Ia turut menyokong kad MikroSD sehingga 1TB.
Sony Xperia 10 II akan dijana dengan bateri berkapasiti 3600mAh dan ia akan dicas masuk melalui pengecasan Xperia Adaptive Charging. Lain-lain ciri yang boleh didapati pada peranti ini adalah perlindungan Corning Gorilla Glass 6, pengiktirafan IP68, bicu audio 3.5mm, serta empat pilihan warna; Black, White, Blue dan Mint.
Akan mula dipasarkan sekitar Jun ini, Sony Xperia 10 II diletakkan pada tanda harga RM1799.
Sumber: Sony Malaysia via Lowyat.net
Berkaitan
- Binance Diarah Tutup Akses Di Malaysia, Jalankan Operasi Pelaburan Tidak Sah
- Rakyat Malaysia Kerugian RM113 Juta Akibat Penipuan Menerusi Telefon Dan SMS
- Siri OPPO Reno2 Rasmi Diperkenalkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1599
- Laptop 2 Dalam 1 Versi Iron Man Dan Avengers Kini Dipasarkan Di Malaysia
- Mi A1 Akan Dilancarkan Bagi Pasaran Tempatan Minggu Ini, Harga Mungkin Sekitar RM1099-RM1199
- Window 10 Versi 1809 Kini Bolehkan Anda Cabut Pemacu USB Bila-Bila Masa Sahaja Tanpa Perlu "Safely Remove Hardware"
- Realme X Diumumkan, Hadir Dengan Snapdragon 710 Serta Kamera 48MP
- Samsung Bakal Keluarkan Cip Exynos 9810, Mungkin Dipasang Pada Galaxy S9
- realme Malaysia Hadiahkan Telefon Kepada Adik Umar
- Razer Phone 2 Selamat Mendarat Di Malaysia Dengan Harga RM3449