Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Prototaip Kereta Nasional Baharu Dijangka Didedah Kepada Umum Tahun Hadapan

Posted on Disember 4, 2018

Prototaip kereta nasional baharu dijangka dapat dikongsikan kepada umum secepatnya tahun depan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin ketika berkongsi tentang perkembangan terbaharu projek kereta nasional ketiga itu berkata ia telah dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menghasilkan kereta nasional baharu, kerajaan memberi fokus untuk mempertingkatkan daya saing kejuruteraan tempatan serta mencipta ekosistem baharu yang mesra inovasi dan teknologi.

Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan pusat pasca Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu berhasrat melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Dr Mahathir.

Langkah untuk menghasilkan kereta nasional ketiga dilihat akan dapat mencergaskan kembali industri automotif negara.

— BERNAMA

Kredit foto utama: Shutterstock

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress