Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Security concept: Lock on digital screen

Data Pelanggan Astro Dilaporkan Telah Diakses Tanpa Izin

Diterbitkan Ogos 22, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pengendali siaran TV berbayar, Astro kini telah membuat  satu pemberitahuan pada laman rasmi mereka bahawa data MyKad  pelanggan telah diakses tanpa izin. Ia dikatakan memberi kesan kepada kurang dari 0.2% pelanggan dimana merangkumi data seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, bangsa serta alamat.

Screenshot 2019-08-22 at 5.00.18 PM

Tindakan lanjut untuk menghentikan akses tanpa izin itu telah dibuat Astro dan perkara terbabit sudah dilaporkan kepada pihak Polis, SKMM dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Laman Lowyat.net menghubungi Astro untuk mendapatkan penjelasan mengenai kebocoran data ini dan mereka memaklumkan  tidak dapat memberi sebarang komen mengenai isu yang terjadi bagi memberi ruang siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa. Selain itu, Astro menjelaskan  mereka memandang serius terhadap maklumat peribadai pelanggan dan mengambil langkah meningkatkan serta mengukuhkan lagi ciri keselamatan mereka.

Pada tahun, Lowyat juga ada mengesan penjualan data peribadi pelanggan Astro dibuat secara dalam talian yang melibatkan sejumlah 60,000 pelanggan.

Sumber: Astro via Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY