WHO Kini Mempunyai Akaun Aplikasi TikTok

TikTok dijadikan platfom bagi menangani berita palsu Covid-19.


Pertubuhan Kesihatan Dunia, (WHO) telah melancarkan akaun TikTok mereka sendiri pada Jumaat lalu sebagai salah satu usaha bagi menangani penyebaran maklumat salah tentang wabak Covid-19.

We are joining @tiktok to provide you with reliable and timely public health advice! Our first post: How to protect yourself from the #coronavirusTikTok WHO.



Sejak diwujudkan, WHO telah memuat naik 2 video berkaitan Covid-19 dan sudah memiliki lebih daripada 140,000 pengikut.

WHO bukan sahaja menggunakan platfom TikTok bagi menangani penyebaran maklumat plasu dan salah tentang Covid-19, tetapi juga turut menggunakan platfom alternatif lain termasuklah laman sesawang rasmi WHO dan platfom-platfom sosial popular seperti Facebook, Google, Tencent, Baidu, Twitter, TikTok, Weibo, Pinterest dan lain-lain.

Malah WHO juga bekerjesama dengan pemilik-pemilik akaun berpengaruh di platfom Instagram dan YouTube bagi menyebarkan maklumat dengan lebih baik khusus untuk penduduk di Asia.

"...we are connecting with influencers, through Instagram and YouTube, among others, to help spread factual messages to their followers, with a focus on the Asia-Pacific region." WHO

Sumber: Bussiness Insider