Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Kini Membuka Peluang Kerjaya Dalam Bidang 5G Di Malaysia

Menara TM, TMA2 dan Menara TM Annexe 1 (TMA1) Ditutup Serta Merta Kerana Covid-19

Diterbitkan Mac 23, 2020 · Dikemas kini Mac 23, 2020 oleh ariff bukhari

TM mengesahkan lagi 2 kes terbaru positif covid-19 melibatkan pekerja mereka

TM sebentar tadi telah mengesahkan 2 lagi kes positif Covid-19 melibatkan pekerja mereka. Sekaligus menjadikan 3 pekerja TM telah disahkan dijangkiti Covid-19 setakat ini.

Ia dimaklumkan menerusi laman Facebook TM Group beberapa jam yang lalu.

“We have identified two (2) new COVID-19 positive cases among Warga TM. This brings the total of COVID-19 positive cases amongst warga TM to date to three (3).” TM Group.

Menurut TM, salah seorang pekerja yang disahkan positif Covid-19 adalah pekerja dari Menara TM. Manakala seorang lagi adalah pekerja dari Menara TM Annexe 2 (TMA2).

Mereka masing-masing dipercayai kali terakhir berada di lokasi tersebut adalah pada 10 Mac dan 11 Mac 2020.

Susulan daripada 2 kes terbaru ini, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak TM dengan segera telah menutup serta merta operasi di Menara TM, TMA2 dan Menara TM Annexe 1 (TMA1).

Sementara kedua-dua mangsa pula telah di bawa ke hospital bagi menerima bantuan perubatan.

Pihak TM juga memaklumkan proses sanitasi di Menara TM ONE sudah pun selesai sepenuhnya. Walaubagaimanapun, hanya pekerja di bahagian operasi kritikal sahaja dibenarkan masuk ke dalam menara buat masa ini.

Pasukan Respon TM COVID-19 dengan kerjasama Kementerian juga sedang berusaha menjejaki para pekerja mereka yang lain yang mungkin pernah berhubung rapat dengan 2 pekerja yang positif Covid-19.

Untuk info lanjut tentang perkara ini, anda boleh layari laman rasmi Facebook TM Group. Atau hubungi talian bantuan TM di nombor 100.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY