Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tourism Perak Guna Aplikasi ‘TikTok’ Sebagai Strategi Promosi Sektor Pelancongan

TikTok Atasi Facebook Sebagai Aplikasi Bukan Permainan Kedua Paling Popular Di Dunia

Diterbitkan Januari 16, 2020 · Dikemas kini Januari 16, 2020 oleh ariff bukhari

WhatsApp masih kekal memegang takhta aplikasi sosial paling popular di dunia.

Berdasarkan kepada laporan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Sensor Tower, aplikasi sosial yang dibangunkan firma China, TikTok telah mengatasi aplikasi Facebook dengan merampas kedudukan kedua sebagai aplikasi bukan permainan paling banyak dipasang oleh pengguna ke dalam peranti pintar di seluruh dunia.

Menurut data Sensor Tower, setakat bulan Disember 2019 lalu, jumlah aplikasi TikTok yang telah dipasang oleh pengguna peranti iOS dan Android di seluruh dunia mencecah 83 juta.

Ia adalah peningkatan hampir sebanyak 11 juta muat turun berbanding bulan November 2019 lalu. Jumlah itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 14% dari tahun ke tahun sejak Disember 2018.

Sekaligus meletakknya di tangga kedua aplikasi paling banyak dipasang ke dalam peranti pintar setakat bulan Disember 2019.

Sensor Tower mendakwa, pengguna di negara India adalah yang paling ramai menggunakan aplikasi TikTok di mana ia  mewakili 37% daripada 83 juta pengguna aplikasi itu di seluruh dunia.

Diikuti oleh negara Brazil di mana 10% pengguna peranti pintar di dalam negara itu telah memasang aplikasi tersebut ke dalam peranti mereka.

Manakala aplikasi Facebook, Messenger dan Instagram pula masing-masing berada di dalam kelompok 5 teratas.

Sementara itu, aplikasi sembang sosial WhatsApp pula masih kekal ditangga pertama sebagai aplikasi yang paling banyak dipasang ke dalam peranti pintar di dunia iaitu sekitar 112 juta.

TikTok Atasi Facebook Sebagai Aplikasi Bukan Permainan Kedua Paling Popular Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY