Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
daftar vaksin mysejahtera

Patuhi Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Status Anda Adalah Kontak Rapat

Diterbitkan Mac 10, 2022 oleh ariff bukhari

Berkuat kuasa 1 Mac 2022 lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan protokol baru kepada mereka yang berstatus kontak rapat bagi mendepani covid-19.

KKM menjelaskan, seseorang itu dikategorikan sebagai kontak rapat jika anda telah berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19, sama ada secara bersemuka lebih daripada 15 minit pada jarak kurang dari 1 meter tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan.

Bagi yang bergejala atau belum menerima dos penggalak pula, mereka diminta untuk kuarantin kendiri mengikut tempoh yang ditetapkan.

Untuk tujuan pelepasan, ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri tidak perlu dilakukan jika anda tidak bergejala.

KKM menyatakan, tempoh kuarantin bagi individu berstatus kontak rapat tidak akan berubah walaupun bergejala semasa dalam tempoh kuarantin dengan syarat keputusan ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) adalah negatif.

Manakala jika anda adalah kontak rapat yang lengkap divaksin dan baru dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 60 hari yang lepas, anda tidak perlu menjalani kuarantin.

Screenshot 2022-03-10 at 8.35.24 PM

KKM meminta individu kontak rapat untuk sentiasa memantau gejala dan tahap kesihatan sepanjang kuarantin dan anda perlu melaporkan keadaan semasa kesihatan anda melalui Health Assesstment Tool (HAT) menerusi aplikasi MySejahtera. Jika bergejala, lakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri.

Sumber: KKM

Baca juga:

  • Ikuti Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Anda Berstatus Kontak Kasual

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY