Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vaksin COVID-19 Akan Diberikan Secara Percuma, Tidak Diwajibkan

Vaksin COVID-19 Akan Diberikan Secara Percuma, Tidak Diwajibkan

Diterbitkan Disember 7, 2020 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Malaysia bakal menjadi antara negara terawal yang akan menerima bekalan dos vaksin COVID-19 iaitu pada suku pertama tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, mungkin ada dikalangan masyarakat yang masih tertanya-tanya sama ada vaksin tersebut diberikan secara percuma atau tidak?

Untuk rekod, vaksin COVID-19 untuk semua rakyat Malaysia adalah diberikan secara percuma oleh Kerajaan Malaysia.

Segala kos termasuklah kos sampingan seperti keperluan peralatan dan bahan pakai buang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

Sungguhpun begitu, golongan berisiko tinggi dan mudah menghadapi penyakit akan diberikan keutamaan untuk menerima vaksin tersebut.

Bagi warga asing pula, mereka akan dikenakan caj yang akan ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kerajaan turut memaklumkan bahawa harga vaksin ini pada peringkat awal dijangka tinggi dan berbeza di antara pengeluar.

Tetapi adakah rakyat Malaysia diwajibkan mengambil vaksin tersebut?

Untuk makluman, Kerajaan telah mengumumkan bahawa pengambilan vaksin COVID-19 adalah tidak diwajibkan.

Vaksin COVID-19 hanya akan diberikan kepada mereka yang bersetuju untuk mengambilnya secara sukarela sahaja.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Malaysia bakal menerima 12.8 juta bekalan dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer.

Sebanyak satu juta dos dijangka akan diterima pada suku pertama tahun 2021. Disusuli sebanyak 1.7 juta pada suku kedua, 5.8 juta pada suku ketiga dan 4.3 juta dos vaksin COVID-19 pada suku keempat tahun 2021.

Kerajaan menyatakan bahawa sebelum vaksin tersebut didaftarkan di Malaysia,  KKM akan memastikan terlebih dulu vaksin yang akan diterima itu berkualiti, selamat dan berkesan berdasarkan hasil ujian klinikal.

Sumber: KKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY