Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Tambah Fungsi Padam Mesej Jika Tersalah Hantar

WhatsApp Tambah Fungsi Padam Mesej Jika Tersalah Hantar

Diterbitkan Oktober 30, 2017 ยท Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

WhatsApp akhirnya telah menambah satu fungsi yang sangat dinanti-nantikan penggunanya, padam mesej yang tersalah hantar.

Menerusi fungsi berkenaan, apabila satu-satu mesej tersilap hantar, anda boleh memadamkan mesej tersebut sebelum sempat dibaca oleh penerima dan mesej yang dipadam itu akan digantikan dengan “Mesej Ini Telah Dipadam”.

Menurut WhatsApp, anda dibolehkan memadam mesej yang dihantar dalam tempoh 7 minit sahaja. Sekiranya teks itu melebihi masa berkenaan, ia tidak boleh dipadam lagi. Untuk memadam mesej yang tersalah hantar itu, sentuh lama pada teks, tetingkap akan terpapar, pilih Delete For Everyone.

WhatsApp Tambah Fungsi Padam Mesej Jika Tersalah Hantar

Fungsi padam mesej tersalah hantar ini sudah mula ditawarkan secara berperingkat dan anda perlu mengemaskini kepada versi yang terkini.

Sumber: WhatsApp

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY