Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru

Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru

Diterbitkan Oktober 15, 2026 oleh ariff bukhari

Tune Protect memperkenalkan TPXtra, sebuah platform digital baharu yang menggabungkan perlindungan insurans, perkhidmatan nilai tambah dan pelbagai manfaat gaya hidup dalam satu ekosistem yang mudah diakses pelanggan.

Produk pertama yang diperkenalkan menerusi platform tersebut ialah Travel Beyond, sebuah pakej perlindungan perjalanan yang menawarkan pilihan perkhidmatan tambahan seperti eSIM, akses lounge lapangan terbang, Delay Pass serta pemindahan lapangan terbang.

Semua perkhidmatan ini boleh dibeli, diurus dan ditebus melalui akaun yang sama bagi memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada pengguna.

Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru

Menurut Tune Protect, TPXtra merupakan sebahagian daripada strategi syarikat untuk berkembang melangkaui tawaran insurans tradisional dengan membina hubungan yang lebih langsung dan berterusan bersama pelanggan.

Platform itu turut membuka peluang kepada rakan niaga untuk menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelanggan Tune Protect melalui rangkaian digital yang lebih luas.

Pada masa akan datang, Tune Protect merancang memperluaskan ekosistem TPXtra dengan memperkenalkan penyelesaian berkaitan mobiliti dan kediaman menerusi penawaran seperti Motor Beyond dan Home Beyond, sekali gus mewujudkan platform sehenti untuk keperluan harian pengguna.

Berkaitan

  • Tune Protect Kini Sediakan Insurans Untuk Telefon Pintar
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Google Umum Ciri Keselamatan Baharu Untuk Pengguna Android Tangani Scammer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
©2026 WISER.MY