Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jom charge

JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun

Diterbitkan Oktober 15, 2026 oleh Amsyar Latif

Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan EV Connection Sdn. Bhd. (JomCharge) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka pembangunan sekurang-kurangnya 1,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Selangor dalam tempoh 24 bulan.

Menerusi kerjasama ini, JomCharge akan bertanggungjawab melabur dan membangunkan infrastruktur pengecasan EV, manakala WHB bertindak sebagai pengurus program strategik bagi pihak kerajaan negeri Selangor.

Inisiatif tersebut menyokong sasaran kerajaan Selangor untuk menyediakan 4,000 stesen pengecas EV menjelang 2030, sekali gus memperluaskan akses kemudahan pengecasan kepada pengguna kenderaan elektrik di negeri berkenaan.

Majlis pertukaran dokumen MoU berlangsung pada 14 Oktober 2026 bersempena pembukaan Selangor International Business Summit (SIBS) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Majlis itu turut disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WHB, Ahmad Zaki Ahmad Zainuddin, kerjasama tersebut merupakan langkah awal dalam mempercepat pembangunan rangkaian pengecasan EV yang lebih mudah diakses di Selangor.

WHB juga akan terus mendapatkan penyertaan pelabur dan rakan strategik lain bagi membantu mencapai sasaran 4,000 stesen pengecas EV menjelang 2030.

Kerjasama ini selaras dengan Selangor Agenda for Green Economy (SAGE), khususnya usaha memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik dan menyokong pembangunan pengangkutan rendah karbon.

Bagaimanapun, lokasi pemasangan, jenis pengecas serta kadar pengecasan yang bakal ditawarkan menerusi kerjasama ini masih belum diperincikan.

Berkaitan

  • JomChargeX Diperkenal, Tawar Pengecasan EV Sehingga 1,200kW, 20% Ke 70% Dalam 5 Minit
  • Pengecas Pantas Geely Atasi BYD, Cas EV Dari 10% Ke 97% Hanya 8 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
  • Pengguna iPhone Lebih Berisiko Menjadi Mangsa Scam Berbanding Android - Google
  • Keuntungan Anthropic Dilaporkan Atasi OpenAI, Dijangka Capai RM430 Bilion Tahun Ini
©2026 WISER.MY