Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp delete_

WhatsApp Pendekkan Tempoh “Delete For Everyone”, Kini Hanya Sekitar 1 Jam

Diterbitkan Februari 3, 2023 ยท Dikemas kini Februari 3, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Ogos tahun lalu, WhatsApp mengumumkan ciri “Delete for Everyone” telah ditambahbaik dengan memberikan tempoh yang lebih lama untuk menggunakannya, iaitu sekitar 2 hari 12 jam untuk memadam mesej yang telah dihantar.

Terbaharu, laporan WABetaInfo menyatakan keupayaan memadam mesej untuk semua dalam tempoh lebih lama kini tidak lagi tersedia di WhatsApp untuk iOS.

Berkaitan

  • Satu Lagi Ciri Baharu Mula Ditawarkan Untuk Pengguna WhatsApp
  • Senarai Ciri Terbaharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Diterima
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Gambar Dengan Kualiti Asal

Namun, tinjauan mendapati tidak hanya melibatkan peranti iOS, malah versi web dan Android juga menerima nasib yang sama.

https://twitter.com/BrajBliss/status/1621198529887891456

Sebagai pengesahan, saya turut menyemaknya melalui WhatsApp untuk iOS serta versi web, dan mendapati tempoh memadam mesej untuk semua kini dihadkan kepada kurang 1 jam 10 minit.

WhatsApp delete for everyone

Dalam pada itu, WhatsApp belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut, buat masa ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY