WhatsApp juga menyumbangkan sebanyak USD1 juta bagi melawan Covid-19.
WhatsApp mengumumkan mereka bekerjasama dengan pihak WHO, UNICEF dan UNDP (United Nations Development Programme) bagi menyampaikan berita semasa pada masa sebenar kepada 2 bilion pengguna aplikasi sembang sosial itu di seluruh dunia.
Hab informasi Coronavirus WhatsApp itu akan memberikan pelbagai berita semasa berkaitan wabak Covid-19 bersumberkan dari 3 organisasi utama dunia itu termasuklah info ringkas seperti panduan yang perlu diambil oleh pihak barisan hadapan yang menangani pesakit Covid-19, pendidik, ketua-ketua komuniti, agensi kerajaan tempatan, perniagaan dan pihak-pihak lain yang menjadikan WhatsApp sebagai platfom komunikasi utama mereka.
Hab itu juga turut menyampaikan maklumat sebenar tentang perkembangan semasa Covid-19 kepada pengguna WhatsApp diseluruh dunia bagi menangani penyebaran maklumat palsu dikalangan penggunanya.
Selain menyediakan hab ini, WhatsApp juga menyumbangkan sebanyak USD1 juta kepada pihak Poynter Institute's International Fact-Checking Network (IFCN) bagi melawan wabak pembunuh ini.
"We know that our users are reaching out on WhatsApp more than ever at this time of crisis, whether it's to friends and loved ones, doctors to patients, or teachers to students. We wanted to provide a simple resource that can help connect people at this time." Will Cathcart, Ketua WhatsApp.
Sumber: PCMag
Berkaitan
- vivo Malaysia Terus Menyumbang Kepada Komuniti Yang Terkesan Dengan Pandemik COVID-19
- Bekas Pesakit COVID-19 Mungkin Akan Alami 5 Simtom Pasca COVID
- Fasiliti Penyelidikan COVID-19 Diserang Ransomware Selepas Pelajar Memasang Perisian Cetak Rompak
- 67% Rakyat Malaysia Bersetuju Menerima Vaksin COVID-19
- Selain Pfizer, Malaysia Turut Akan Terima Vaksin COVID-19 Dari AstraZeneca
- Pepijat Pada WhatsApp Didakwa Membolehkan Format Fail MP4 Diprogram Bagi Memasang Perisian Intip Ke Dalam Peranti Pintar
- 'Saluran WhatsApp' Kini Diguna Lebih 500 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan
- Anda Kini Sudah Boleh Kongsikan Status WhatsApp Ke Laman Facebook
- Seseorang Didakwa Menjual 500 Juta Data Pengguna WhatsApp, Malaysia Turut Terjejas
- Waspada Mesej Palsu Berkenaan Permohonan i-Sinar Yang Tular Di WhatsApp