Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp featured

WhatsApp Tambah Pilihan Pengesahan Baharu Untuk Log Masuk Peranti Kedua

Diterbitkan Disember 22, 2022 · Dikemas kini Disember 22, 2022 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, pengguna versi beta untuk peranti Android telah ditawarkan ciri yang membolehkan 1 akaun WhatsApp digunakan lebih daripada satu peranti secara serentak.

Berkaitan

  • WhatsApp Mula Benarkan Guna 1 Akaun Untuk Lebih Dari 1 Telefon Pintar
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh 'Forward' Media Dengan Kapsyen Asal
  • Senarai Ciri Terbaharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Diterima

Terbaharu, WhatsApp kini dilapor menambah pilihan pengesahan baharu kepada beberapa pengguna versi beta dengan pengesahan melalui kod 6 digit di aplikasi pemesejan itu.

WhatsApp Tambah Pilihan Pengesahan Baharu Untuk Log Masuk Peranti Kedua

Melalui imej yang disertakan, pengguna mempunyai pilihan pengesahan kod sama ada melalui panggilan atau SMS di peranti utama. Kemudiannya, kod 6 digit yang diterima perlu dimasukkan pada peranti kedua bagi mengesahkan log masuk.

Perlu diketahui, buat masa ini ciri tersebut hanya tersedia kepada sebilangan pengguna yang memasang WhatsApp beta untuk Android di Play Store dan dijangka akan dilepaskan kepada lebih ramai pengguna pada masa akan datang.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY