Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Tambah Pintasan Format Teks Baharu, Ini Caranya

WhatsApp Dengan Ciri AI Kini Ditawar Kepada Lebih Ramai Pengguna

Diterbitkan April 14, 2024 ยท Dikemas kini April 15, 2024 oleh ariff bukhari

Meta tidak ketinggalan dalam pembangunan AI selepas melancarkan bot sembang AI nya pada September 2023 lalu.

Bot sembang AI itu dijangka akan dimuatkan dalam barisan produk mereka termasuklah WhatsApp, Instagram dan Messenger.

Untuk peringkat awal ini, aplikasi permesejan popularmya, WhatsApp sudah pun mula menerima ciri AI itu di mana ia mula ditawarkan kepada lebih ramai pengguna global.

Menerusi kemas kini WhatsApp untuk Android baru-baru ini, ciri chatbot AI diintegrasikan ke dalam bar carian aplikasi tersebut.

Menurut laporan oleh WABetaInfo, integrasi AI Meta dalam bar carian pada mulanya terhad kepada kawasan tertentu, tetapi WhatsApp kini mengembangkannya kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia.

WhatsApp Dengan Ciri AI Kini Ditawar Kepada Lebih Ramai Pengguna

Meta menyatakan, “Dengan AI Meta, anda boleh bertanya apa-apa soalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik atau cuba menyelesaikan perdebatan dalam sembang kumpulan anda, termasuk mendapatkan perspektif daripada berpuluh-puluh aksara yang telah dicipta oleh Meta yang bertindak balas dengan cara yang menarik.”

Ciri AI Meta ini telah ditawar untuk pengguna WhatsApp di iOS dan Android. Jadi, dijangkakan WhatsApp dengan ciri Meta AI ini akan diterima semua pengguna di seluruh dunia tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY