Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Whatsapp Bakal Perkenal Aplikasi Yang Memudahkan Peniaga Dan Pembeli Berhubung

Whatsapp Bakal Perkenal Aplikasi Yang Memudahkan Peniaga Dan Pembeli Berhubung

Diterbitkan September 6, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sejak penggunaan meluas telefon pintar, cara kita menghantar mesej kepada kenalan turut berubah. Jika dahulunya kita menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), kini kebanyakkan dari kita beralih kepada platform Whatsapp.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan peniaga dan pembeli dalam talian lebih gemar berhubung antara satu sama lain dengan Whatsapp kerana ia lebih cepat dan mudah. Melihat kepada perkara tersebut, Whatsapp mengambil inisiatif untuk membantu peniaga dan pembeli dengan membangunkan satu aplikasi khas yang bakal memudahkan komunikasi antara mereka.

Disebut sebagai WhatsApp Business, ia akan menyasarkan kepada dua kelompok perniagaan; syarikat kecil dan juga syarikat besar seperti perbankan, penerbangan, e-dagang dan seumpamanya.

Untuk syarikat yang berskala besar mereka mampu memudahkan pengguna dengan memberikan notifikasi seperti contoh, waktu penerbangan, pengesahan penghantaran barangan dan apa-apa maklumat lain tentang servis yang berkaitan.

Selain itu, ia turut menawarkan fungsi pengesahan profil supaya anda lebih yakin untuk berhubung dengan peniaga tersebut.

Aplikasi ini masih berada dalam peringkat ujian dan WhatsApp akan memaklumkan penawarannya nanti.

Sumber: WhatsApp Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY