Bagi panggilan tidak dijawab, anda mungkin berhadapan situasi dimana salah seorang dari kenalan menjemput untuk menyertai panggilan berkumpulan. Tetapi, panggilan tersebut tidak sempat dijawab.
Dengan ciri baharu ini, panggilan tersebut boleh disertai kemudian, jika ia masih aktif dan belum ditamatkan.
Dalam pada itu, WhatsApp pada masa ini telah menyokong Fingerprint Lock. Ia membolehkan pengguna membuka kunci WhatsApp menggunakan imbasan cap jari.
Kini, WhatsApp sedang membangunkan ciri Biometric Lock yang membolehkan kunci WhatsApp dibuka menggunakan imbasan cap jari, pengecaman wajah atau mana-mana pengesahan biometrik yang menyokong peranti berkenaan.
Buat masa ini, kedua-dua ciri tersebut masih dalam pembangunan dan akan ditawarkan melalui kemaskini akan datang.
Sumber: WABetaInfo
Berkaitan
- Tesco Tawar Perkhidmatan Pesan & Ambil Melalui WhatsApp
- Pengguna iPhone Kelak Boleh Pindahkan 'Chat' WhatsApp Tanpa iCloud
- Ini Cara Tetapkan 'Kod Rahsia' Untuk Kunci Sembang Di WhatsApp
- Tak Lama Lagi Pengguna WhatsApp Boleh Akses 'Chatbot' AI
- Didakwa Akses Mikrofon Secara Latar, WhatsApp Kata Itu Pepijat Pada Android
- 'Backup' WhatsApp Untuk Android Tidak Lagi Percuma Dengan Storan Tanpa Had
- WhatsApp Uji Ciri Untuk Kurangkan Lambakan 'Chat' Kumpulan
- Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
- Ciri Paling Dinantikan Di Status WhatsApp Akan Tersedia Tak Lama Lagi
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri 'People Nearby' Untuk Perkongsian Fail