Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video

Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video

Diterbitkan Ogos 22, 2019 · Dikemas kini Ogos 22, 2019 oleh ariff bukhari

Storan terbaru ini khusus untuk mereka yang mahukan storan luar berprestasi tinggi.

Di pameran Gamescom 2019 yang sedang berlangsung, pengeluar peranti storan terkemuka Western Digital Corp. telah melancarkan storan luar terbaru berprestasi tinggi untuk pengguna komputer dan konsol permainan video.

Sebanyak 5 storan di bawah siri WD Black diperkenalkan yang terdiri daripada storan jenis HDD (hard disk drive) dan SSD (solid-state drive) iaitu:-

1. WD_Black™ P10 Game Drive

Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video

  • Storan luar mudah alih jenis HDD
  • Pilihan saiz storan adalah dari kapasiti 2TB, 4TB  dan 5TB
  • Dilengkapi sambungan USB 3.2 Gen 1
  • Jaminan selama 3 tahun
  • Berharga dari USD89.99

2. WD_Black™ P50 Game Drive

Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video

  • Storan jenis SSD
  • Pilihan saiz storan adalah dari kapasiti 500GB, 1TB  dan 2TB
  • Dilengkapi sambungan USB 3.2 Gen 2×2 yang menyokong kepantasan pemindahan data selaju 2000MB/s
  • Jaminan selama 5 tahun

3. WD_Black™ D10 Game Drive

Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video

  • Storan jenis HDD
  • Pilihan saiz storan yang ada hanyalah 8TB sahaja
  • Dilengkapi sambungan USB 3.2 Gen 1 yang menyokong kepantasan pemindahan data selaju 250MB/s
  • Sesuai digunakan bersama konsol permainan video Playstation™ 4 Pro atau PS4, Xbox One™, serta sistem operasi Windows® 8.1, 10 atau macOS 10.11 dan terbaru.
  • Jaminan selama 3 tahun
  • Berharga dari USD199.99

4. WD_Black™ D10 Game Drive for Xbox One

Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video

  • Storan jenis HDD
  • Pilihan saiz storan yang ada hanyalah 12TB sahaja
  • Khusus untuk digunakan bersama konsol Xbox One sahaja
  • Mampu mencapai kelajuan maksimum pindahan data sehingga 250MB/s menerusi sambungan USB 3.2 Gen 1
  • Dilengkapi teknologi penyejukan aktif
  • Jaminan selama 3 tahun
  • Berharga dari USD299.95

5. WD_Black™ P10 Game Drive for Xbox One

Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video

  • Storan jenis HDD
  • Pilihan saiz storan adalah dari kapasiti 3TB  dan 5TB
  • Khusus untuk digunakan bersama konsol Xbox One sahaja
  • Dilengkapi sambungan USB 3.2 Gen 1
  • Mampu mencapai kelajuan maksimum pindahan data selaju 130MB/s
  • Jaminan selama 3 tahun
  • Berharga dari USD109.99

Untuk info lanjut storan terbaru ini, layari laman www.wdblack.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY