Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Western Digital Akan Perkenalkan Storan USB-C Bersaiz 1TB Terbaru Di CES 2020

Western Digital Akan Perkenalkan Storan USB-C Bersaiz 1TB Terbaru Di CES 2020

Diterbitkan Januari 7, 2020 · Dikemas kini Januari 7, 2020 oleh ariff bukhari

Sesuai untuk telefon pintar dan komputer riba.

Di pameran Consumer Electronics Show 2020 (CES 2020) yang akan berlangsung dari 7 Januari hingga 10 Januari 2020 di Las Vegas,Western Digital menerusi jenama SanDisk akan perkenalkan storan USB terbaru kepada pengunjung.

SanDisk Ultra Dual Drive Luxe USB Type-C adalah aksesori storan USB Type-C yang sesuai digunakan bersama telefon pintar dan juga komputer riba.

Storan dengan sambungan berkembar ini (USB Type-C dan Type-A) memudahkan pengguna yang mahukan storan USB mudah alih bagi memindahkan data antara telefon pintar, tablet mahupun komputer riba.

Pengguna juga boleh mengaktifkan ciri salinan data (backup) automatik pada storan ini dengan memasang aplikasi SanDisk Memory Zone ke dalam peranti pintar Android anda.

Terdapat sebanyak 6 saiz pilihan ditawarkan SanDisk Ultra Dual Drive Luxe USB Type-C  iaitu dari saiz 32GB, 64GB, 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB. Jadi kini anda boleh menyimpan lebih banyak data di dalam satu peranti kecil.

SanDisk Ultra Dual Drive Luxe USB Type-C dijangka akan ditawarkan dalam tahun ini juga dan berharga dari USD10.99 (32GB) hingga USD249.99 (1TB).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY