Rekaan logo tersebut pertama kali digunakan pada 1977.
Ura-ura mendakwa Apple akan membawa kembali warna logo ikonik mereka iaitu logo Apple dengan warna pelangi. Apple dikatakan mungkin akan membawa logo ini pada produk keluaran mereka pada tahun ini juga.
Rekaan logo serta warna pelangi tersebut pertama kali digunakan pada April 1977, yang direka oleh Rob Janoff. Sejak dari itu rekaan logo ikonik tersebut terus digunakan sehinggalah 1998 sebelum ia ditukar kepada penggunaan logo Apple yang berwarna hitam.
Antara produk terawal Apple yang pernah menggunakan rekaan logo pelangi tersebut termasuklah Apple II, Macintosh 128K, dan Macintosh SE.
Kemudiannya Apple menggunakan pula rekaan logo Apple 3D dengan warna aqua. Seterusnya mengubahnya pula menggunakan warna monokrom dan kelabu yang digunakan sehinggalah ke hari ini.
Sumber: Mac Rumors
Berkaitan
- Apple Memperbetulkan Isu 'Multitask' Dan Capaian Selular iPhone
- Apple Akan Memuatkan Sejumlah 230 Rekaan Emoji Terbaru Pada iOS 13
- Kemas Kini Khas Untuk iPhone 12, Apple Tegaskan Ia Selamat Diguna Di Seluruh Dunia
- Beberapa Perkhidmatan Apple Tergendala Ketika Ini, Sebahagian Besar Pengguna Terjejas
- Apple Mungkin Akan Menggantikan Apple Watch Series 3 Yang Rosak Kepada Series 4
- Semakin Ramai Pengguna PC Beralih Kepada Apple Macintosh
- Pelanggan Apple Music Di Seluruh Dunia Kini Berjumlah 60 Juta
- Apple Watch SE Kini Hanya Berharga RM1,199
- Apple Mengemas Kini Sistem Operasi Jam Pintar Apple Watch Kepada watchOS 7
- iPod Touch 2019 Kini Dilengkapi Dengan Cip Apple A10 Fusion